KHAS BUATMU BAKAL
IMAMKU...
Aku termenung sendirian, bertanya pada diri sendiri siapakah pemilik hati ini selepas Allah dan Rasulku. siapakah empunya tulang rusuk kiri
ini.
Perkahwinan adalah satu sunnah, maka
ku serahkan segalanya pada Allah. Pengharapan
kita pada Allah jadi aku serahkan segala-
galanya pada-Nya. Cuma satu doaku, berharap
agar Allah menghadirkan seorang lelaki yang mampu membimbing diri ini ke jalan yang diredhai Allah.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Andai engkau yg ditakdirkan
untukku InshaAllah segalanya akan
dipermudahkan.
ketahuilah sesungguhnya cintaku
padamu ikhlas bukan kerna nafsu semata².
tetapi kerna aq ingin engkau mnjadi imam serta pemimpinku
di dunia ini serta akhirat kelak..
WAHAI BAKAL IMAMKU
Ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik paras rupanya,
yang lembut tutur bicaranya.
aku hanyalah wanita biasa
yang terkadang melakukan salah dan silap.
Jangan mengharapkan kesempurnaan dari diri
yang serba kekurangan ini. Aku hanya wanita
biasa yang perlukan sokongan dan bimbingan,
perlukan pemahaman dan pengertian. Maka,
sabarlah menghadapi aku nanti.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Aku tidak mengharapkan kesempurnaan darimu,
cukuplah kau hanya hebat di mataku kerana aku
juga insan yang penuh kekurangan.
punya kesilapàn dan jg kesalahan.
Aku tidak
inginkan kata-kata manis darimu,
Aku tidak perlukan pujian darimu. Jangan janjikan aku dengan
apa yang kamu tidak pasti kerana aku takut akan perasaan hampa...
Aku tidak menagih hartamu kerana aku
bersyukur Allah juga memberikan aku kudrat
untuk berusaha ke arah itu juga.
Aku tidak kisah
bagaimana rupamu nanti kerana aku juga
bukanlah wanita yang cantik paras rupanya.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
aku berharap Allah menyatukan kita.
aku mahu kamu akan sentiasa membimbingku agar
aku menjadi wanita solehah.
Yang nantinya
akan menjadi bidadarimu di syurga kerana aku ingin kita disatukan di dunia dan akhirat.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Andai
kamu yang ditakdirkan untukku, ku harap kau
boleh menjadi imam untukku dan anak-anakku.
Kamu boleh menjadi pemimpin yang baik dalam
rumah tangga kita. Kamu akan mencintai aku
apa adanya dan menerima kekurangan. Andai aku salah, tegurlah
aku DENGAN KATA NASIHAT,
dan seandainya aku marah padamkanlah ia
dengan kasih sayangmu agar marahku menjadi
kelembutan.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Andai aku lupa ingatkanlah aku
agar kelak kau tetap menjadi tauladan buatku
dan anak-anak kita.
Jangan pernah berhenti menjadi lebih baik
kerana suatu hari nanti kau bakal menjadi
sumber rujukanku. Jangan pernah jemu untuk
menasihati aku untuk menjadi lebih baik SERTA
jangan pula kamu turut terleka dengan dunia ini.
Jangan pernah letih untuk bersabar kerana
mungkin aku bakal mencabar tahap
kesabaranmu di masa-masa akan datang.
Jangan sesekali hapuskan kepercayaan aku
terhadapmu seandainya aku mula untuk
mempercayaimu kerana aku bukanlah wanita
yang mudah untuk mempercayai sesiapa kecuali
dirimu seandainya kamu disatukan denganku
suatu hari nanti.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Tiada siapa yang mengenalimu bahkan diriku
sendiri kerana dirimu menjadi rahsia Pencipta
kita yang perlu kusingkap dengan sepenuh
kesungguhan dalam sujudku. Cuma istikarah
yang dapat merungkai rahsia ini buatku.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Bertahun lama yang kutunggu hanyalah akad
yang akan membimbing diri ini menuju Jannah
Allah. Apalah erti kasih sayang yang bersemi
untukmu andai maharnya bukan kemampuan
untukmu mendidikku menjadi mujahidah yang
mencintai DIA lebih dari segalanya. Tiada yang
lebih berharga buatku melainkan didikanmu yang
akan membuatkan diri ini berjuang dalam
menegakkan Agama ini,
Hatimu adalah milik Allah begitu jua hati ini.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Dari awal kudidik hati ini bahawa kamu
bukanlah milikku kerana kamu adalah milik Allah
Yang Esa. Walau di mana jua dirimu dan yang pasti bersama-samalah kita didik
hati ini agar redha dengan setiap apa yang
berlaku dalam menegakkan agama Allah ini.
Bersama-samalah kita bersyukur dengan
mencintai DIA lebih dari segalanya kerana cinta-
Nya kekal abadi.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Biarlah seribu malam berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita di atas
lembaran tahajjud dan istikarah.
Aku mengerti dan aku sentiasa berdoa, suatu
hari nanti moga Allah menyatukan kita
dalam pertemuan yang diredhaiNya. Aku akan
tersenyum manis padamu. Aku akan sentiasa
menjadi pendampingmu dan sentiasa setia
bersamamu dalam suka mahupun duka kerana
aku ingin menjadi sahabat, kawan, teman dan
juga isteri yang terbaik buatmu.
KHAS UNTUK TATAPANMU WAHAI
BAKAL IMAMKU
wahai bakal imamku ,
aku tak pernah meminta wang dan harta
bertimbun ,
apa yg aq inginkan hanyalah kasih dan cinta mu
yang tulus dan ikhlas .
wahai bakal imamku ,
aku tidak pernah mengimpikan hantaran yang
mahal ,
hanya cukup sekadar memenuhi syarak .
wahai bakal imamku ,
aku tidak mendambakan lagu yang kau tuju ,
cukup hanya jika kau mengazankan zuriat kita
nanti .
wahai bakal imamku ,
aku tidak mengimpikan sifat romantis mu itu ,
cukup jika kesetiaan dan kejujuran yang engkau
persembahkan .
wahai bakal imamku ,
aku tidak memerlukan kekacakan dan kemanisan
kata-katamu ,
cukup hanya kata² lembutmu
wahai bakal imamku ,
aku tidak memerlukan kepakaran serta kekuatanmu untuk melindungi ku ,
cukup jika engkau menjaga ku , sepenuh kasih sygmu
wahai bakal imamku ,
aku tak mengimpikan hidup ditatang bagai
minyak yg penuh,
cukup hanya suapan yang halal engkau berikan .
wahai bakal imamku ,
sungguh diri ini banyak kelemahan serta
kekurangan,dan kesilapan
hanya satu pintaku , moga kau hadir memimpin dan membimbingku ke arah kebaikkan dan jalan g di redahi.
duhai bakal imamku ,
moga suatu hari nanti ,
kita akan bersama dalam redha-Nya hingga ke
nafas terakhir.
amin ya rabbal a'lamin .... :')
p/s - ketahuilah bakal imamku diriku sentiasa menanti dan terus
menanti diri mu.....hingga tiba saat kau
mengakadku untuk menjadi pendampingmu.... dan sentiasa bedoa dan memohon
semoga ALLAH S.W.T memperkenankan
permintaanku ini...
created by me.....
shiyahlamsun......
03.24am
05/05/14...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan