Jangan lupa wahai sekalian,
Kita Tidak Dicipta Untuk Menjadi TUAN tetapi kita di cipta sebagai ABDI kepada TUHAN, penguasa alam.
Pengabdian ini adalah pengabdian yang mutlak sifatnya kerana kuasa yang ada pada TUHAN,
yang memiliki kita adalah kuasa mutlak yang
tidak boleh dipersoalkan lagi. Pengabdian yang
mutlak menuntut perhatian yang mendalam
terhadap ibadah yang dilakukan.
Kualiti ibadah
adalah titik penentu akan sempurnanya kita
sebagai hamba yang layak menerima
pengi'tirafan dari Pencipta.
Kita tidak memiliki
apa-apa kerana semua itu adalah hak Dia.
Kita adalah makhluk yang hina tetapi dimuliakan atas kasih sayang-Nya.
Disebabkan tugas utama dalam pengabdian ini
adalah tugas sebagai khalifah bumi, kita
dianugerahkan kehebatan.
Hebatnya manusia
kerana diberi akal,
diberi upaya untuk memilih
yang baik.
Namun, walau dengan sedikit kehebatan yang
dianugerahkan ilahi,
Sering saja kita terlalai dgn
perangkap iblis.
Kita merasa tinggi apablia
diper'TUAN'kan oleh manusia lalu memandang
'HAMBA' kepada orang bawahan.
Kita terbuai
dengan sanjungan mereka.
Kita lupa bahawa
setitik rasa sombong akan membuat kita
dicampak ke neraka.
Pangkat, gelaran, harta
bukan alasan untuk memaksa
mendapat penghormatan dari orang lain….
Itu sombong namanya.
Peringatan dari Allah swt.
“Sombong itu adalah selendangKu dan Aku benci
sesiapa yang memakainya.”
Hidupkanlah kehidupan dengan jiwa insani yang
sentiasa merasa hadirnya TUHAN di mana-mana.
Hidup biar berjasa,
mati biar beriman.
Berfikir biar beriLmu,
berbicara biar berbahasa,
bergaul biar beradab,
berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina,
yang kaya usah
disanjung.
Yang lemah usah dipijak,
yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap
perhentian sebelum tibanya kita di perhentian
yang abadi. kerana satu hari nantu kita akan berumahkan rumah yg sama. berpakaian pakaian yg serupa.. di MATANYA kita semua sama...
p/s - muhasabah diri... sesngguhnya kita di dunia ini hnya sementara...harta milik kita x yg kekal... hanya iman yg mnjadi bekalan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan