*UNTUK SATU NAMA*
Untuk satu nama yg akan menjadi takdirku..
Sejauh manapun pengembaraanmu..
Akulah tempat berlabuh untuk kau myempurnakan segalanya..
Untuk satu nama yg telah tertulis di Lohmahfuz..
Seramai manapun insan yg singgah dlm hidupmu..
Aku pasti..
Akulah yg kelak menghiasi hari dan istanamu..
Untuk satu nama yg dipilih Allah untuk aku..
Seberat apapun perjuanganmu..
Akulah yg kelak akan mengusap keringat disetiap lelahmu..
Untuk satu nama yg tertulis..
Untuk satu nama yg terpilih..
Janganlah Engkau bersedih hati..
Yakinlah bahawa takdirNya lah yg menjadi BAHAGIA & juga BAHAGIAMU..
Jgnlah Engkau bputus asa..
Yakinlah bahawa rahmat Allah akan sentiasa menangani Hamba²nya yg beriman..
Dan Kini.......
Jemputlah aku dgn penuh kesungguhanmu..
Nantikanlah aku penuh kesabaranmu..
Sambutlah aku dgn penuh rasa syukur padaNya..
Peliharalah aku dgn sentiasa menyebut Asma-Nya..
Semua itu dengan izinNya..
InshaALLAH..
Amin² ya rabbal alamiin...
#saatitupastiakantiba ..
#F&N...
#AndaiitutakdirNya ....
#L..R.. u P*J*L
#03/08/2016...
coretansemalam
Selasa, 6 September 2016
Untuk Satu Nama
Khamis, 15 Mei 2014
JODOH ITU RAHSIA ALLAH
SEKUAT manapun kita SETIA.. SEHEBAT mana pun kita MERANCANG... SELAMA mana pun kita MENUNGGU... SEKERAS mana pun kita BERSABAR.. SEJUJUR mana pun kita MENERIMA.. SELAMA mana pun kita BERTAHAN bersamanya... Jika ALLAH S.W.T tidaK menulis jodoh kita bersama orang yaNG kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walaupun kita telah Bersusah payah mendapatkannya. That means cintailah orang sewajarnya (pilihlah yg mrncintai kita bukan yg kita cintai).... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, somEtimes yang kIta nilai dan rasa Baik untuk kita itu belum tentu baik untuk ALLAH S.W.T. Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ". Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ". Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ". ~Kita merancang Allah juga merancang tetapi sehebat2 perancangan kita namun perancangan Allah itu lebih baik.~ Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah;Dirancang..Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang serta maha mengetahui Segalanya. Betapa Hebat aturanNya.Itu kerna Jodoh itu Adalah Rahsia Allah.. Allah itu maha ADIL. Dia bagI kejutan pada kita di luar jangkaan kita.. Dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, jika belum tiba masanya, maka selagi itulah Dia akan merahsiakannya daripada kita. Ianya takkan sia2,kerna setiap perancangan yang TUHAN aturkan takkan Dan tidak akan pernah sia-sia dalam perancangan-Nya. tidak seperti perancangan kita.. Dia mahu kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita , marilah KIta tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang< soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia mengetahui, sedang kita tidak mengetahui bukan? =) Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita .. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang- pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat : 49) Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu, Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus menyelusup Cintailah dengan keikhlasan Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?? ".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah : 216 ) Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai, Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri. Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan keikhlasan Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak- balikkan serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya "Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar Bin Khattab ra) If you really love her, you won't touch her. Not even the slightest bit. You'll protect her dignity and sacredness as A muslimah. Just hold her in your heart for a few more years .. then you can do it the halal way "Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya." (HR. Al-Hakim)
Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu... Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya.. Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb.. "Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu.." Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.
3.15am....
25.06.14(rabu)...
Rabu, 7 Mei 2014
Drama hidup...
Aduih melihat harapan mereka, menimbulkan perasaan kasian dalam diri...
Knapalah dalam dunia ini ada insan yg x btnggungjwab dan tak berperikemanusiaan...
tlalu bnyak penindasan yg blaku d dpan mata pd masa kini..
Tidak tahu mereka tu dr kalangan n golongan mna.. x bhati perut..suka mncari kesalahan org tnpa mncari kbnaran.. suka mnuding jari kepada org len ikut ssuka aty... kjahatn mnjadi perkara biasa pd mereka... kesian dn simpati mlihat nsib mereka yg d tindas...
Kejam dan kurg ajar...
Ya ayat ni sesuai tuk jadikn glaran kpda kmu dan kmu.. jgn merasa bngga n diri itu betul sdgkn sdah terang dan nyata kesalahan itu pada pihak kamu dan kmu...
Kalian mengaut keuntungan dari hasil titik peluh... org kerjabermati²an demi mncari sesuap nasi...hidup mereka ibarat kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg... tp antra kamu dan kamu x pernah mengerti akn keperitan hidup mereka...
Untung lah kamu dan kamu kerna hidup sng dan x pernah merasai apa itu khidupan susah... tp jgn lpa anytym TUHAN akn menarik apa yg ada pada anda.. tp tym tu bru kamu dan kamu akn rasa mnyesal... tp x guna...sesal dahulu pndptn sesal kmudian teda gna...
Apa yg mampu kmi tolong hanya mendoakan kalian yg d tindas... smoga hidup kalian akn d berkati..bersabar dgn ujian_NYA...
P/S - DUIt 10sen pun kau maw bkira...nda hbis jg duit ko tu... tu pun bkn duit ko jg...duit kompeni...
Sdih melihat mereka yg teraniaya...
tuk mu wahai bakal imamku...
KHAS BUATMU BAKAL
IMAMKU...
Aku termenung sendirian, bertanya pada diri sendiri siapakah pemilik hati ini selepas Allah dan Rasulku. siapakah empunya tulang rusuk kiri
ini.
Perkahwinan adalah satu sunnah, maka
ku serahkan segalanya pada Allah. Pengharapan
kita pada Allah jadi aku serahkan segala-
galanya pada-Nya. Cuma satu doaku, berharap
agar Allah menghadirkan seorang lelaki yang mampu membimbing diri ini ke jalan yang diredhai Allah.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Andai engkau yg ditakdirkan
untukku InshaAllah segalanya akan
dipermudahkan.
ketahuilah sesungguhnya cintaku
padamu ikhlas bukan kerna nafsu semata².
tetapi kerna aq ingin engkau mnjadi imam serta pemimpinku
di dunia ini serta akhirat kelak..
WAHAI BAKAL IMAMKU
Ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik paras rupanya,
yang lembut tutur bicaranya.
aku hanyalah wanita biasa
yang terkadang melakukan salah dan silap.
Jangan mengharapkan kesempurnaan dari diri
yang serba kekurangan ini. Aku hanya wanita
biasa yang perlukan sokongan dan bimbingan,
perlukan pemahaman dan pengertian. Maka,
sabarlah menghadapi aku nanti.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Aku tidak mengharapkan kesempurnaan darimu,
cukuplah kau hanya hebat di mataku kerana aku
juga insan yang penuh kekurangan.
punya kesilapàn dan jg kesalahan.
Aku tidak
inginkan kata-kata manis darimu,
Aku tidak perlukan pujian darimu. Jangan janjikan aku dengan
apa yang kamu tidak pasti kerana aku takut akan perasaan hampa...
Aku tidak menagih hartamu kerana aku
bersyukur Allah juga memberikan aku kudrat
untuk berusaha ke arah itu juga.
Aku tidak kisah
bagaimana rupamu nanti kerana aku juga
bukanlah wanita yang cantik paras rupanya.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
aku berharap Allah menyatukan kita.
aku mahu kamu akan sentiasa membimbingku agar
aku menjadi wanita solehah.
Yang nantinya
akan menjadi bidadarimu di syurga kerana aku ingin kita disatukan di dunia dan akhirat.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Andai
kamu yang ditakdirkan untukku, ku harap kau
boleh menjadi imam untukku dan anak-anakku.
Kamu boleh menjadi pemimpin yang baik dalam
rumah tangga kita. Kamu akan mencintai aku
apa adanya dan menerima kekurangan. Andai aku salah, tegurlah
aku DENGAN KATA NASIHAT,
dan seandainya aku marah padamkanlah ia
dengan kasih sayangmu agar marahku menjadi
kelembutan.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Andai aku lupa ingatkanlah aku
agar kelak kau tetap menjadi tauladan buatku
dan anak-anak kita.
Jangan pernah berhenti menjadi lebih baik
kerana suatu hari nanti kau bakal menjadi
sumber rujukanku. Jangan pernah jemu untuk
menasihati aku untuk menjadi lebih baik SERTA
jangan pula kamu turut terleka dengan dunia ini.
Jangan pernah letih untuk bersabar kerana
mungkin aku bakal mencabar tahap
kesabaranmu di masa-masa akan datang.
Jangan sesekali hapuskan kepercayaan aku
terhadapmu seandainya aku mula untuk
mempercayaimu kerana aku bukanlah wanita
yang mudah untuk mempercayai sesiapa kecuali
dirimu seandainya kamu disatukan denganku
suatu hari nanti.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Tiada siapa yang mengenalimu bahkan diriku
sendiri kerana dirimu menjadi rahsia Pencipta
kita yang perlu kusingkap dengan sepenuh
kesungguhan dalam sujudku. Cuma istikarah
yang dapat merungkai rahsia ini buatku.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Bertahun lama yang kutunggu hanyalah akad
yang akan membimbing diri ini menuju Jannah
Allah. Apalah erti kasih sayang yang bersemi
untukmu andai maharnya bukan kemampuan
untukmu mendidikku menjadi mujahidah yang
mencintai DIA lebih dari segalanya. Tiada yang
lebih berharga buatku melainkan didikanmu yang
akan membuatkan diri ini berjuang dalam
menegakkan Agama ini,
Hatimu adalah milik Allah begitu jua hati ini.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Dari awal kudidik hati ini bahawa kamu
bukanlah milikku kerana kamu adalah milik Allah
Yang Esa. Walau di mana jua dirimu dan yang pasti bersama-samalah kita didik
hati ini agar redha dengan setiap apa yang
berlaku dalam menegakkan agama Allah ini.
Bersama-samalah kita bersyukur dengan
mencintai DIA lebih dari segalanya kerana cinta-
Nya kekal abadi.
WAHAI BAKAL IMAMKU
Biarlah seribu malam berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita di atas
lembaran tahajjud dan istikarah.
Aku mengerti dan aku sentiasa berdoa, suatu
hari nanti moga Allah menyatukan kita
dalam pertemuan yang diredhaiNya. Aku akan
tersenyum manis padamu. Aku akan sentiasa
menjadi pendampingmu dan sentiasa setia
bersamamu dalam suka mahupun duka kerana
aku ingin menjadi sahabat, kawan, teman dan
juga isteri yang terbaik buatmu.
KHAS UNTUK TATAPANMU WAHAI
BAKAL IMAMKU
wahai bakal imamku ,
aku tak pernah meminta wang dan harta
bertimbun ,
apa yg aq inginkan hanyalah kasih dan cinta mu
yang tulus dan ikhlas .
wahai bakal imamku ,
aku tidak pernah mengimpikan hantaran yang
mahal ,
hanya cukup sekadar memenuhi syarak .
wahai bakal imamku ,
aku tidak mendambakan lagu yang kau tuju ,
cukup hanya jika kau mengazankan zuriat kita
nanti .
wahai bakal imamku ,
aku tidak mengimpikan sifat romantis mu itu ,
cukup jika kesetiaan dan kejujuran yang engkau
persembahkan .
wahai bakal imamku ,
aku tidak memerlukan kekacakan dan kemanisan
kata-katamu ,
cukup hanya kata² lembutmu
wahai bakal imamku ,
aku tidak memerlukan kepakaran serta kekuatanmu untuk melindungi ku ,
cukup jika engkau menjaga ku , sepenuh kasih sygmu
wahai bakal imamku ,
aku tak mengimpikan hidup ditatang bagai
minyak yg penuh,
cukup hanya suapan yang halal engkau berikan .
wahai bakal imamku ,
sungguh diri ini banyak kelemahan serta
kekurangan,dan kesilapan
hanya satu pintaku , moga kau hadir memimpin dan membimbingku ke arah kebaikkan dan jalan g di redahi.
duhai bakal imamku ,
moga suatu hari nanti ,
kita akan bersama dalam redha-Nya hingga ke
nafas terakhir.
amin ya rabbal a'lamin .... :')
p/s - ketahuilah bakal imamku diriku sentiasa menanti dan terus
menanti diri mu.....hingga tiba saat kau
mengakadku untuk menjadi pendampingmu.... dan sentiasa bedoa dan memohon
semoga ALLAH S.W.T memperkenankan
permintaanku ini...
created by me.....
shiyahlamsun......
03.24am
05/05/14...
Selasa, 6 Mei 2014
realiti kehidupan masa kini
Jangan lupa wahai sekalian,
Kita Tidak Dicipta Untuk Menjadi TUAN tetapi kita di cipta sebagai ABDI kepada TUHAN, penguasa alam.
Pengabdian ini adalah pengabdian yang mutlak sifatnya kerana kuasa yang ada pada TUHAN,
yang memiliki kita adalah kuasa mutlak yang
tidak boleh dipersoalkan lagi. Pengabdian yang
mutlak menuntut perhatian yang mendalam
terhadap ibadah yang dilakukan.
Kualiti ibadah
adalah titik penentu akan sempurnanya kita
sebagai hamba yang layak menerima
pengi'tirafan dari Pencipta.
Kita tidak memiliki
apa-apa kerana semua itu adalah hak Dia.
Kita adalah makhluk yang hina tetapi dimuliakan atas kasih sayang-Nya.
Disebabkan tugas utama dalam pengabdian ini
adalah tugas sebagai khalifah bumi, kita
dianugerahkan kehebatan.
Hebatnya manusia
kerana diberi akal,
diberi upaya untuk memilih
yang baik.
Namun, walau dengan sedikit kehebatan yang
dianugerahkan ilahi,
Sering saja kita terlalai dgn
perangkap iblis.
Kita merasa tinggi apablia
diper'TUAN'kan oleh manusia lalu memandang
'HAMBA' kepada orang bawahan.
Kita terbuai
dengan sanjungan mereka.
Kita lupa bahawa
setitik rasa sombong akan membuat kita
dicampak ke neraka.
Pangkat, gelaran, harta
bukan alasan untuk memaksa
mendapat penghormatan dari orang lain….
Itu sombong namanya.
Peringatan dari Allah swt.
“Sombong itu adalah selendangKu dan Aku benci
sesiapa yang memakainya.”
Hidupkanlah kehidupan dengan jiwa insani yang
sentiasa merasa hadirnya TUHAN di mana-mana.
Hidup biar berjasa,
mati biar beriman.
Berfikir biar beriLmu,
berbicara biar berbahasa,
bergaul biar beradab,
berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina,
yang kaya usah
disanjung.
Yang lemah usah dipijak,
yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap
perhentian sebelum tibanya kita di perhentian
yang abadi. kerana satu hari nantu kita akan berumahkan rumah yg sama. berpakaian pakaian yg serupa.. di MATANYA kita semua sama...
p/s - muhasabah diri... sesngguhnya kita di dunia ini hnya sementara...harta milik kita x yg kekal... hanya iman yg mnjadi bekalan...
pentas kehidupan...
sedarlah
duit bukan segalanya...
tp segalanya memerlukan duit..
Peristiwa terjadi….
Di suatu petang…
Yang mana, akhirnya menyedarkan aku dari lena
yang panjang…
Kembali ke alam nyata ….
Mengakui akan hakikat kehidupan…
Yang mana, dalam lena panjangku…
Mimpiku…
Kehidupan begitu aman
Jujur …
Tulus …
Ikhlas …
Namun..
Kadangkala kita lupa dan alpa, kerana telah
terlalu selesa…
Kadangkala.. dek kerana terlalu naif dan mudah
percaya..
Kita lupa… ada mata-mata yang sering menjeling,
melirik ke arah kita…
Dengan sulaman perasaan yang dipenuhi hasad…
Dengki…
Iri….
Mana mungkin kita sedari semua itu ???
Kita bukan seperti mereka….
Yang menghulur tangan, berjabat , tanda
persahabatan …
Namun tersisip, suatu rasa yang bergelumang
dengan hasad, dengki dan iri…
Kenapa mesti begini ????
Mereka umpama keluarga…
Bergurau senda… gelak tawa yang sentiasa
bergema memecah kesunyian…
Tiada erti kah semua itu pada mereka ???
Memang..
Kadangkala kita berselisih pendapat !!!
Kita percaya, itu semua tidak melunturkan
kekeluargaan…
Ternyata kita silap …
Di saat kita begitu percaya..
Mereka menikam dari belakang….
Sanggup membunuh kita, hanya kerana melayan
sekeping hati yang telah terpalit perasaan iri tak
bertepi….
Mencurah pasir ke mangkuk nasi kita…
Tak pernah kita lakukan seperti itu kepada
mereka…..
Sanggup mereka !!!!!
Begitulah pentas.,,
Teater kehidupan yang skripnya terlalu sukar
untuk kita yang naif ini, mentafsirkannya !!!
kejam...
ya mmg kejam tapi pernah kah anda terfikir akan karma..apa yg kita lakukan kpada mereka yg kita aniayai itulah jg yg bkal akn tjadi pd kita...dan mngkin lagi teruk. fikirlah semua itu adalah hasil titik peluh mereka..tp hny krna ksilapan kcil yg mereka lakukan kamu tegah mlakukan sdemikian pada mereka...
melihat kerja keras mereka dalam bekerja mmbuat kita kesian... mereka bkerja utk mncari rzki untuk d berikan pada kluarga mereka... brrbaloi ka keja 12 jam stiap hari tnpa rehat..tp pulngnnya hanya segenggam beras...
owh sungguh kejam.. pernah kah kamu,kamu dan kamu terfikir skiranya kamu berada d tmpt mereka snggup ka kmu bkja spt mereka.. ? jgn lupa ssungguhnya doa org² teraniaya makbul tu.. skg ni kmu puas dan bngga kerna kmu pnya hak tuk buat sedemikian dan kmu pnya wang bnyk... jika d takdirkan satu hri nti semua yg kmu miliki itu d tarik semula...apa akan jd pda kalian...?
Isnin, 5 Mei 2014
KENAPA BEGINI...
Hari ini hati terasa sakit yg terramat..Entah knapa... mati rasa² ku... Ya tuhan aq rasa diri ku tak kuat untuk mnghadapi semua ini... setiap hari pasti akqn rasa bgini... izinkan aq dan berila aq peluang utk mrasa bhagia... walau hanya sekita... msti org smua mnyampahkan dgn stiap bait² kta² ku yg mgkin bg korg agk meloyakan... tp apapun ini lah cerita ku... ... depends ² u all sma da mympah atau pn x...
Kenapa Allah buat begini..
Kadang-kadang apa yang kita nak,
Allah tak bagi
itu bukan kerana Allah benci kita dan
bukan saja-saja Allah tak nak beri pada kita. tp
Allah tahu ia akan memudaratkan diri
Allah tak nak kita disakiti di masa akan datang....
lalu Allah jauhkan ia dari kehidupan kita
walaupun itulah perkara yang paling
kita nak dan sayangi...
Kadang-kadang apa yang kita tak nak itu,Allah bagi....
kita tak suka, kita menyampah,kita benci dan rasa ia tak
memberi erti...
tapi Allah tahu itu yang kita perlu
dalam hidup ini
lalu Allah dekatkan ia dengan diri kita
walaupun kita terasa sakit n disakiti ..
Hati kita tertanya-tanya sendiri
kenapa Allah buat begini...?
mungkin sekarang ni kita x faham
perancangan illahi..
tapi yakinlah DIA takkan pernah menzalimi kita...
Dia lakukan semua ini
kerana Dia lebih mengetahui apa yg terjadi dan bakal terjadi..
esok lusa kita pasti akan mengerti
kenapa Allah takdirkan semua ni...
esok lusa pasti kita akan mensyukuri
kesakitan yang kita pernah alami hari
ini....
esok lusa kita boleh memahami
mengapa kita perlu lalui semua ini.... kerana di sebalik ujian ini telah Dia sediakan
jln penyelesaiannya...
di sebalik kelukaan yang kita alami ini telah DIA selitkan penawarnya...di seTIAP persoalan yg kita tujukan telah DIA sertakan jawapan YANG PASTI..
di sebalik kedukaan yg kita alami telah ada bahagia yang
menunggu kita....jangan pernah berhenti mencuba, jangan pernah berputus asa
sehingga kita temui jalan penyelesaiannya,penawar, jawapan dan kebahagiaan yang TELAH dijanjikanNya
...semoga dirimu DAN diriku dikurniakan ketenangan untuk menghadapi segala kekusutan yg bermain d minda dan fikiran...
p/s - Semoga kita dianugerahkan kekuatan untuk menghadapi pahit getirnya ujian dari-NYA...semoga diri KITA di berikan ketabahan
untuk menghadapi dugaan dalam kehidupan ini dan semoga diri kita diberi kesembuhan akan setiap luka dan kepedihan yang kita alami......
muhasabah diri...dekatkan diri kita PADA-NYA...
Created by me...
coretan semalam...
shiyahlamsun.blogspot.com...
12.45pm..
06.05.14 (selasa)