Jumaat, 25 April 2014

TAUBAT UBAT SEGALA²NYA....

***-Setiap orang daripada kalangan
kita tak pernah terlepas
daripada melakukan
dosa.Persoalan yang timbul
ialah adakah kita menyedari
akan perbuatan itu dan
bertaubat untuk
meninggalkannya.?
Apabila dihitung amal seharian kita
nescaya didapati banyaknya
dosa yang kita lakukan
berbanding amalan yang
menambahkan pahala.
***-Hamba Allah yang menangis
bersendirian di malam hari
kerana menyesali perbuatan
dosa yang dilakukan, air mata
yang jatuh itu akan menjadi
saksi di akhirat kelak agar
diselamatkan hamba ini
daripada api neraka.
***- Antara maqam yang terendah di
kalangan manusia ialah mereka
yang melakukan dosa dan
bertaubat atas kesalahannya.
***- Maqam seterusnya ialah
manusia yang bertaubat dan
menjauhkan diri daripada
perkara makruh yang dibenci
Allah.
***- Bagi orang yang soleh
pula mereka bertaubat daripada
melakukan perkara harus.
***- Maqam bagi orang muttaqin pula
mereka bertaubat dalam perkara
taat iaitu memohon ampun atas
kelalaian ketika melaksanakan
kewajipannya.
***- Orang mukhlisin
pula tergolong dalam maqam
tertinggi, mereka melaksanakan
amal ibadah tanpa
mengharapkan apa-apa
melainkan redha Allah.

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg d lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hambamu yg berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

#SEMOGA ALLAH S.W.T MENGAMPUNI DOSA² yang lalu...Amin ya rabbal al-amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan