Tuhan yang beri kita rezeki, dan Dia jualah yang berkuasa mengambilnya semula (Banglo,kereta mewah,wang ringgit). contohnya duit dalam genggaman,dalam akaun,
dalam poket ataupun beg duit belum tentu
lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali
kepada-Nya dengan tangan yang kosong.Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah . Dan Dia
berhak atas segalanya. Maka jgn la kita bangga,riak serta takbur kerna memiliknya.
Allah SWT berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; Sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.”– [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah
2:155]
Bila diuji, bersabarlah dan senyumlah..
Musibah datang dalam pelbagai cara. ini adalah merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap
musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu
merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar memperbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan mmohon doa kepada Dia. Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia akan 'mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian. Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada
sesiapa yang Dia ingini sebagaimana Firman-Nya;
“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu
melapangkan rezeki kepada sesiapa yang
Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya;
Sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-
hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha
Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).”
[Surah Al-Israk:30]
rumah, kereta mewah serta Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-
bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya
kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.
Contohnya, tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir
atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki
kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar
pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan
wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari
poket kita. Rumah di jilat api..
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut, Ayat
ke-2;
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka
akan dibiarkan saja, dengan mengatakan:
Kami telah beriman, padahal mereka belum
lagi mendapat cubaan?”
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang
kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa serta nilai diri kita sendiri.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya.
Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang
tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya
yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’
kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah
bersabda;
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada
seorang hamba-Nya maka Dia
menyegerakan hukuman baginya di dunia;
sedang apabila Allah menghendaki keburukkan
pada seorang hamba-Nya maka Dia
menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi
balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits
riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak
diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan
sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman
Allah (contohnya kereta) dengan melakukan
perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus
leka bergelumang dengan perkara-perkara yang
dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah swt;
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang
menimpa seseorang kecuali dengan izin
Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
Bersabarlah wahai hati, Sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman
kepada-Nya.
Allah SWT berfirman :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai
penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat sekali kecuali
bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-
Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang
yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan
teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan
perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa
cukuplah Allah sebagai penolong.
Jangan bersedih.. bersabarlah.
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah
sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah,
hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah
“Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud;
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-
Nya juga kita kembali. Semoga kita
tergolong dalam golongan mereka yang sabar...Amin...
#sharing is caring...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan